Donald Trump. Foto AFP

WASHINGTON – Presiden Donald Trump secara terbuka menolak penilaian perisikan Amerika Syarikat (AS) berhubung keupayaan nuklear Iran, sebaliknya meletakkan diri beliau selari dengan pendirian Israel.

Penilaian itu dilakukan Pengarah Perisikan Nasional, Tulsi Gabbard pada Mac lalu yang menyatakan ketika ini Iran tidak membangunkan senjata nuklear dan pemimpin negara itu, Sayyed Ali Khamenei tidak membenarkan semula sebarang senjata nuklear dibangunkan sejak penggantungan pada 2003.

Semalam semasa pulang ke Washington, Trump menolak kesimpulan yang dilakukan ketua perisik yang dilantiknya itu sambil menambah: “Saya tidak kisah apa yang beliau kata,”.

Tindakannya itu mencerminkan ia selari dengan rancangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang mahu mengambil tindakan awal terhadap program nuklear Iran.

Netanyahu mahu AS dan Israel mengambil tindakan campur tangan ketenteraan dengan memberi alasan ia sebagai ancaman besar.

Gabbard yang terkenal dengan keraguannya terhadap campur tangan AS yang lalu di Timur Tengah tidak membesar-besarkan.

Beliau memberitahu CNN: “Trump telah berkata perkara sama bahawa saya berkata dalam penilaian ancaman saya pada Mac lalu,”.

Bagaimanapun, penilaian beliau dilihat semakin tidak dialu-alukan pentadbiran Trump yang menjurus kepada konflik terbuka.

Gabbard dilaporkan dipinggirkan daripada mesyuarat penting ketika pentadbiran Trump dilihat semakin hampir dengan campur tangan ketenteraan.

Walaupun status beliau sebagai pengarah perisikan nasional, Gobbard tidak hadir mesyuarat keselamatan negara peringkat tertinggi di Camp Davis.

Ketiadaan beliau mencerminkan keretakan yang teruk terhadap dasar Iran dan memberi isyarat bahawa orang di sekeliling Trump mungkin berubah menjadi lebih agresif.

Trump menyatakan pendiriannya dalam laman media socsal dengan membuat hantaran ‘menyerah tanpa syarat’ sebaik sahaja berita mengenai tambahan kerahan tentera AS ke rantau tersebut, termasuk mengerahkan kumpulan kapal pengakut pesawat yang baharu yang mana aset ini bertujuan untuk memberi Trump lebih pilihan jika menyerang Iran.

Pada minggu lalu, Ketua Pemerintah Pusat AS, Jeneral Michael Erik mendakwa Iran mungkin memasang sehingga 10 senjata nuklear dalam trempoh tiga minggu.

Bagaimananpun, CNN melaporkan penilaian daripada sumber perisikan AS adalah bercanggah.

Empat individu yang mengetahui tentang dapatan rahsia itu berkata, Iran tidak aktif menghasilkan senjata nuklear dan ia mungkin memerlukan masa selama tiga tahun untuk menghasilakn sebuah senjata nuklear. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast