Gambar hiasan

MELAKA – Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan maut selepas dipercayai lemas akibat dihempap lengan bapanya yang meninggal dunia akibat serangan jantung di rumah mereka, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, bapa yang berusia 30 tahun dan anaknya itu ditemukan tidak sedarkan diri oleh isterinya yang baru pulang ke rumahnya di Kampung Perigi Hang Tuah.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/06/19/terkejut-bila-dapati-bayi-suami-sudah-meninggal-dunia-dalam-rumah/

“Saya tiba di rumah untuk bawa anak mendapatkan suntikan tiga bulan tetapi terkejut apabila mendapati suami tidak sedarkan diri manakala anak kami berada di bawah lengannya.

“Saya tak jumpa kesan darah atau cedera dan terus hubungi pihak hospital untuk bantuan sebelum suami disahkan telah meninggal dunia di rumah,”.

Demikian diceritakan Azura Abdul Malik, 37, mengenai kematian tragis suami, Nuruleffendy Ibrahim, 35, dan anak lelakinya, Nur Daniel, 3 bulan di rumah mereka kira-kira pukul 9.30 pagi tadi. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast