KAJANG – Kerajaan sedia menyemak semula skim gaji untuk seramai 13,344 guru Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di seluruh negara.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia kerana gaji pendidik KEMAS ketika ini mereka memiliki diploma dalam pendidikan awal sekolah.
Menurut, senario itu boleh diibaratkan sebagai terlepas pandang dan mereka telah memohon Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) supaya melihat isu yang dihadapi mereka.
“Sebahagian besar kakitangan KEMAS adalah kakitangan kontrak dan mereka juga mereka memohon diberikan jawatan tetap dengan potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
“Yang dituntut mereka adalah jawatan tetap tidak berpencen. Ini permintaan yang sangat munabasah kerana ia tidak pun menambah belanjawan (kerajaan) yang tinggi,” katanya yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
Beliau berkata demikian pada majlis sambutan Hari Pendidik KEMAS Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan pengurusan Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan KEMAS agar melakukan tindakan segera membuat semakan tersebut.
Katanya, guru KEMAS perlu dihargai sebagai tenaga pengajar yang lebih dinamik, berdaya saing dan terus kekal sebagai tulang belakang pendidikan komuniti di Malaysia. – MalaysiaGazette
















