TOKYOGempa bumi berukuran 6.1 magnitud menggegarkan perairan Semenanjung Nemuro di timur Hokkaido, Jepun, pagi Khamis, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

Gegaran berlaku pada jam 8.08 pagi waktu tempatan (2308 GMT Rabu) di kawasan cetek luar pesisir tenggara semenanjung tersebut.

JMA memaklumkan, gempa itu mungkin menyebabkan perubahan kecil pada paras air laut di sepanjang pantai timur Lautan Pasifik Hokkaido, namun tiada risiko kerosakan atau amaran tsunami dikeluarkan setakat ini. – Agensi

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast