Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Negeri Pahang, Datuk Seri Ir Mohd Soffi Abd Razak.

KUANTAN – Kerajaan Negeri Pahang berhasrat menghantar seramai 60 pelajar Kolej Yayasan Pahang Advanced Skill bagi untuk melatih mereka sebagai penyembelih lembu wagyu profesional.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Negeri Pahang, Datuk Seri Ir. Mohd Soffi  Abd Razak berkata, langkah berkenaan diambil sebagai persediaan memadangkan negeri itu terbabit dengan projek ternakan lembu wagyu berskala besar.

”Kita akan bagi pendedahan dan akhirnya nanti dia akan masuk dalam industri itu dan insyaallah mereka ini juga dapat membantu kita sebab kita ada Projek Wahyu Pahang.

”Penting untuk belajar kemahiran keratan daging yang betul penting bagi memastikan pengeluaran daging premium,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Hari Terbuka UMPSA sempena Hari TVET Negara 2025 di Dewan Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Kuantan hari ini.

Pada program itu, sebanyak 283 produk penyelidikan dan inovasi di tampilkan daripada institusi pengajian tinggi, sekolah dan pihak industri.

Turut diadakan Festival Kerjaya UMPSA yang menyediakan lebih 250 peluang kerjaya dan latihan industri melibatkan lebih 20 syarikat. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN :

Pahang rancang projek tenusu, lembu wagyu, ikan siakap di Australia

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast