Prof. Datuk Dr. Shamrahayu Ab. Aziz Malay Peninsular Malays Indians Orang Asli Chinese MRL Malay Reserve Land
Prof. Datuk Dr. Shamrahayu Ab. Aziz
KUALA LUMPUR – Pihak berkaitan fatwa disaran untuk mempunyai mekanisme dalam menentukan sighah fatwa yang mana prosedur pewartaan fatwa perlu jelas mengambil kira pandangan Penasihat Undang-Undang, kata  Pakar Perlembagaan negara, Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz.
Menurut beliau sesetegah negeri telah ada dan mengamalkan prosedur tersebut namun terdapat negeri- negeri yang masih tiada proses yang jelas tentang perkara itu.
Selain itu, beliau turut mencadangkan supaya Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam bertegas dengan mengarahkan semua fatwa di negeri disemak semula bagi mengurangkan risiko di saman atau dibawa ke mahkamah.
Cadangan-cadangan tersebut dilontarkan Shamrahayu susulan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang membenarkan permohonan SIS Forum untuk membatalkan pemakaian satu fatwa oleh pihak berkuasa agama Islam Selangor ke atas persatuan itu.
“Walaupun Mahkamah tidak membatalkan fatwa tersebut secara keseluruhannya namun impaknya amat jelas kepada kita.
“Kita kena hati-hati mengungkapkan sighah atau lafaz fatwa apabila mahu fatwa tersebut menjadi undang-undang.
“Sebagai satu undang-undang, fatwa tertakluk kepada tafsiran,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Tambah beliau, ini bukan kali pertama institusi berkaitan agama Islam “kalah” di mahkamah kerana sighah fatwa.
“Sebelum ini di Kuala Lumpur, dalam kes Kassim Ahmad. Walaupun ada persoalan tentang kenapa fatwa tidak terpakai ke atas “artificial persons” kita tunggu alasan penghakiman pihak majoriti dalam Mahkamah Persekutuan,” ujarnya lagi. -MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast