KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Shah Alam banjir kilat susulan hujan berterusan sejak pagi tadi.
Antara kawasan berkenaan adalah sekitar Jalan Kebun dan Kota Kemuning dan Seksyen 32.
Video keadaan semasa yang tular di media sosial memaparkan rumah, kedai dan kenderaan sedang dinaiki air.
Terdahulu, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ibut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga jam 11 pagi ini.
Sebagai rekod, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – MalaysiaGazette
















