KEPUTUSAN terhadap kedudukan fatwa oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang dicabar oleh Sisters in Islam (SIS) Forum akhirnya sampai ke penghujung setelah melalui proses perbicaraan yang memakan masa lebih 10 tahun, melibat 3 peringkat mahkamah. Mahkamah Persekutuan telah memberi kemenangan kepada MAIS dengan membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini terkait fatwa terhadap SIS Forum. Fatwa yang dikeluarkan oleh MAIS diputuskan terpakai terhadap SIS Forum sebagai sebuah organisasi, namun fatwa tersebut terpakai untuk individu yang menjadi pentadbir atau ahli SIS Forum sahaja.
Keputusan tersebut dibuat atas hujah bahawa SIS Forum ini bukanlah seorang individu, ia adalah sebuah syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat. Keputusan ini ada logiknya kerana fatwa MAIS hanya terpakai kepada individu beragama Islam yang tinggal di Negeri Selangor. Namun dalam konteks SIS Forum sebagai sebuah organisasi, fatwa tersebut tidak terpakai kepada SIS Forum kerana organisasi bukan individu dan ia tidak mempunyai agama.
Keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan melalui keputusan empat orang hakim itu telah menimbulkan kekecewaan terhadap Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Sultan Selangor. Baginda menegaskan bahawa penyalahgunaan perkataan Islam dalam nama dan penerbitan SIS Forum boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat Islam. Baginda juga menggesa agar SIS Forum tidak lagi menggunakan perkataan Sisters in Islam terhadap apa-apa bentuk penerbitan di mana-mana platform yang dikaitkan dengan syarikat mereka.
Kegusaran Sultan Selangor ini ada asasnya kerana perkataan Islam yang ada pada SIS menjadikan mereka duta yang mewakili Islam pada kaca mata orang bukan Islam. Kontradiksi berlaku apabila pegangan akidah SIS Forum tidak selari dengan autoriti agama di Negeri Selangor, jika dibiarkan SIS Forum terus bergerak aktif maka ia bakal menganggu usaha dakwah di Negeri Selangor terutama melibatkan orang bukan Islam.
Penyokong SIS Forum menerima keputusan itu sebagai simbol kemenangan sebenarnya cuba menutup perasaan kesal dan kekalahan mereka dari mata umum. Walaupun SIS Forum sebagai sebuah organisasi terkecuali dari fatwa tersebut, namun setiap partisan SIS Forum yang beragama Islam tidak dapat mengelak diri dari dianggap sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.
Keputusan ini akan membataskan penggerak SIS Forum yang beragama Islam dari terus menunggang nama Islam sesuka hati pada hadapan. Jika penggerak ini terus berkeras untuk menunggang nama Islam secara sesuka hati maka mereka perlu bertaubat dan MAIS mempunyai bidang kuasa untuk menangani masalah kesesatan tersebut.
Mereka yang masih berdegil untuk mengangkat perjuangan SIS Forum boleh dikenakan kaunseling, denda yang tinggi dan hukuman penjara jika disabit kesalahan di
Mahkamah Syariah Selangor. Hukuman ini sedikit sebanyak akan melemahkan pergerakan partisan SIS Forum dari terus mengelirukan dan mencemarkan nama Islam di Negeri Selangor.
Kesimpulannya, keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Persekutuan terhadap SIS Forum sebenarnya adalah simbol kemenangan untuk MAIS. Kemenangan paling besar
apabila umat Islam di Malaysia mula sedar bahawa penggerak SIS Forum yang mendukung fahaman liberal dan pluralisme agama sebenarnya adalah sesat dan perlu bertaubat.
Kesedaran ini akan menjauhkan ummat Islam di Malaysia terutamanya di Negeri Selangor terhadap SIS Forum dan pemikiran yang mereka perjuangkan. Nama SIS Forum akan terus tenggelam pada masa hadapan apabila penggeraknya tidak dapat bergerak bebas untuk menunggang nama Islam.
Dr. Mohd. Fauzi Fadzil
Pensyarah Kanan
Universiti Poly-Tech Malaysia

















Yg penting jgn dibiarkan lg individu yg jd penggerak SISF bebas bertindak bertentangan dgn keputusan mahkamah ni, pgl mereka utk di kaunseling dn klu msh berdegil dakwa mereka dgn kesalahan yg serius kerana spesis mcm mereka lh yg merosakkn pemahaman org islam yg lain utk jadi kufur..kena pantau mereka dgn serius dn rapat supaya mrk sedar , jgn fikir kita akn biarkn org mcm mereka senang-senang boleh bebas menyesatkan org lain.Klu zaman nabi dulu dh kena rejam sampai mati klu berkeras nk jd murtad..biar kerap pgl kaunseling (sekurang kurangnya seminggu 2 kali) pentadbir mrk drpd kita menanggung masalah dari tindakan mereka memesongkan akidah org lain..
mereka lah penunggang agama yg sebenarnya
Macam mana pula penulis ini membuat kesimpulan bahawa MAIS menang sedangkan SIS terus boleh menggunakan nama Islam dalam forum sesat lagi menyesatkan yang dianjurkan mereka. Ini akan mengelirukan dan menimbulkan salah faham masyarakat terutamanya mereka yang tidak selalu mengikuti perkembangan semasa yang menganggap kes SIS ini telahpun berakhir. Walhal kes ini masih belum berakhir dan menjadi ancaman besar terhadap akhidah umat Islam sejagat. Sekarang ini Sepatunya penulis lebih elok mengarang berita supaya sesuatu perlu dibuat dalam menyekat kesan keputusan terkini mahkamah rayuan berkenaan. Saudara penulis yang budiman, hasil keputusan terkini mahkamah secara langsung memberi isyarat bahawa SIS itu menang dan tidak diharamkan. Di hati ahli-ahli serta pengikut SIS ini akan memahami bahawa mereka tidak salah dan mereka tetap boleh meneruskan aktiviti mereka yang sebelum ini difatwakan haram oleh MAIS. Saya tidak nampak di mana positifnya keputusan mahkmah terkini melainkan ianya mengutungkan SIS dan mengancam agama Islam secara terbuka. Mereka yang tidak kuat akidah mudah tergelincir dengan hasutan SIS kerana pendekatan mereka yang liberal dan logik akal. Saya memohon agar penulis membuat ulasan semula artikel yang diterbitkan ini agar ianya tidak mengilirukan pembaca yang mungkin beranggapan kes SIS difatwakan haram ini telahpun selesai. Diharapkan juga penulis artikel ini bukanlah penyokong SIS yang cuba mengalih perhatiian masyarakat. Sekian, terima kasih.