KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat perpisahan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, pagi tadi.
“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa, kepimpinan dan dedikasi beliau sepanjang menerajui pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Saya mendoakan agar Tan Sri Razarudin terus dikurniakan kesihatan yang baik, serta kekuatan untuk terus menyumbang kepada negara dalam apa jua kapasiti.
Razarudin bakal bersara Ahad ini selepas lebih 42 tahun menabur bakti dalam Polis Diraja Malaysia.
Tempat beliau akan digantikan Datuk Seri Mohd Khalid Ismail yang sebelum ini adalah Pengarah Cawangan Khas. -MalaysiaGazette
















