Mayat mansga dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bagi proses bedah siasat selepas maut dalam insiden di Lebuh Raya Pantai Timur petang tadi.

KUANTAN – Seorang daripada tiga penuntut Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) maut apabila motosikal yang ditunggangnya terputus dua selepas terbabit dalam kemalangan dengan tiga buah kenderaan lain termasuk lori di Kilometer 208.3, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) di sini hari ini.

Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisoner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa, Muhammad Azril Syazwan Mohd Azmi, 19, disahkan meninggal dunia di lokasi nahas akibat kecederaan parah.

Manakala dua lagi rakan lelaki mangsa mengalami kecederaan telah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bagi menerima rawatan di Zon Kuning.

“Bagaimanapun pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan. Kejadian kemalangan jalan raya melibatkan tiga buah kenderaan iaitu membabitkan dua buah motosikal dan sebuah lori dalam kira-kira pukul 2.45 petang tadi.

”Siasatan awal mendapati kesemua kenderaan dari arah Temerloh menghala ke arah Kuantan. Apabila perjalanan sampai di tempat kejadian, pemandu lori sedang berhenti di lorong kecemasan susulan mengalami kenderaannya mengalami kerosakan,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette.

Menurut Wan Mohd Zahari, tiba-tiba mangsa yang menunggang sendirian datang dari arah belakang telah melanggar belakang lori lalu dua lagi rakannya menaiki motosikal di belakang juga tidak sempat mengelak dan berlaku pelanggaran dengan mangsa.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik HTAA bagi tujuan bedah siasat dilakukan.

Wan Mohd Zahari berkata kes masih dalam siasatan lanjut di bawh Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast