TEHRAN – Kementerian Luar Iran yang mengecam keras serangan Amerika Syarikat (AS) di tapak nuklear negara ini mendakwa pencerobohan tersebut merupakan pelanggaran terang-terangan yang belum pernah berlaku terhadap prinsip paling asas Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta undang-undang antarabangsa.
Oleh itu, katanya, dunia tidak boleh melupakan bahawa AS yang memulakan perang berbahaya terhadap Republik Islam Iran, lapor agensi berita Mehr.
Organisasi Tenaga Atom Iran (AEOI) dalam satu kenyataan awal pagi Ahad berkata. Amerika Syarikat telah mengaku bertanggungjawab atas serangan ke atas kemudahan nuklear di Fordow, Natanz dan Isfahan.
Sebagai reaksi terhadap serangan AS itu, Kementerian Luar Iran menegaskan tindakan ketenteraan tersebut sebagai buas.
“Serangan AS tersebut dilakukan dengan melanggar secara jelas dan belum pernah berlaku terhadap prinsip paling asas Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang antarabangsa,” menurut kenyataan itu.
Rejim Israel telah memulakan perang dengan Iran pada 13 Jun lalu.
Tentera zionis telah menyerang bangunan kediaman di Tehran dalam satu tindakan pencerobohan tanpa provokasi pada waktu malam yang menyaksikan beberapa pegawai kanan tentera Iran telah dibunuh dalam serangan terancang.
Orang awam turut terkorban apabila rumah mereka menjadi sasaran langsung. – Agensi
















