Dmitry Medvedev. Foto: FB

TEHRAN – Seorang figura kanan Rusia mendakwa beberapa negara besedia membekalkan Iran dengan senjata nuklear berikutan serangan udara dilakukan Amerika Syarikat (AS) ke atas infrastruktur nuklear republik itu.

Timbalan Pengerusi Majlis Keselamatan Rusia, Dmitry Medvedev menyatakan menerusi platform Telegram: “Beberapa negara sedia bekal secara terus kepada Iran senjata nuklear mereka,”.

Kenyataannya dikeluarkan sejurus Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengesahkan pesawat perang AS telah melaksanakan serangan ke atas tapak pengayaan uranium Iran di Fordow, Natanz dan Isfahan, yang mana kemudahan tersebut telah lama diperiksa kerana berpotensi membangunkan senjata nuklear.

Medvedev menjelaskan, infrastruktur yang diserang itu tidak mengalami kerosakan teruk dan mencadangkan projek nuklear Iran, termasuk pengayaan uranium, tidak terkesan walaupun di bom.

Katanya, serangan tersebut memberi kesan politik yang tidak diinginkan AS, sebaliknya memperkukuhkan kedudukan Tehran di halamannya.

“Orang ramai malah mereka yang tidak bersimpati (sebelum ini) bersatu di sekeliling pemimpn,” katanya.

Menyifatkan AS terjerat dalam satu lagi peperangan yang panjang, Medvedev memberi amaran terhadap potensi konflik darat berskala besar.

Beliau turut menyindir Trump dengan menyatakan Presiden itu membawa keamanan dan mencemuh idea bahawa Trump boleh berada dalam barisan calom Hadiah Keamanan Nobel.

Medvedev berkata, Washington dan Tel Aviv telah kehilangan sokogan dunia berkutan kempen ketenteraan terhadap Iran dan mengisytiharkan majoriti negara menentang tindakan tersebut.

Pengeboman AS berlaku selepas tentera Israel meningkatkan penglibatan ketenteraan mereka ke atas Iran awal bulan ini, melancarkan serangan secara besar-besaran pada 13 Jun.

Iran membalasnya dengan melancarkan serangan peluru berpandu yang menyasarkan bandar dan aset pertahanan Israel.

Kementerian Kesihatan Iran mengumumkan lebih 430 orang terbunuh dan lebih 3,500 cedera manakala para pegawai Israel melaporkan 25 kematian dan beberapa ratus cedera dalam serngan balas Iran. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast