[Gambar fail] Sebahagian daripada 283 jemaah haji yang tiba di tanah air, baru-baru ini. Foto AIZAT ZAINAL, 14 JUN 2025.

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan penjadualan semula penerbangan balik jemaah dari tanah suci melibatkan penerbangan KT043 (MH8301) yang sepatutnya berlepas jam 5.10 pagi ini (waktu Arab Saudi) dari Madinah.

Turut terlibat adalah penerbangan KT034 (MH8291) yang sepatutnya berlepas dari Jeddah jam 6.40 pagi (waktu Arab Saudi) hari ini.

TH dalam kenyataannya berkata, penjadualan semula itu dilakukan atas nasihat keselamatan syarikat penerbangan dan bagi menyesuaikan dengan perkembangan semasa operasi penerbangan di Asia Barat.

“Kedua-dua penerbangan carter haji di atas telah ditunda sekurang-kurangnya 24 jam daripada jadual asal.

“Penjadualan baharu sedang disusun dengan mengambil kira pelbagai faktor semasa, termasuk penyelarasan trafik udara dan keperluan logistik,” katanya.

Menurut TH, kesemua jemaah yang terlibat telah ditempatkan sementara di hotel sekitar Jeddah dan Madinah bagi memastikan kebajikan dan keselesaan mereka.

Tambahnya, koordinasi di lapangan terbang sedang giat dijalankan antara pihak syarikat penerbangan dan TH bagi memastikan kelancaran urusan logistik jemaah.

Untuk rekod, setakat ini sebanyak 39 penerbangan telah tiba di tanah air dengan baki 61 penerbangan lagi. Sebarang perkembangan lanjut, termasuk perubahan jadual oleh syarikat penerbangan, akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

283 jemaah haji Malaysia selamat tiba di KLIA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast