Kementerian Pengangkutan menerusi JPJ hari ini mendedahkan senarai syarikat pengendali kenderaan barangan dan bas ekspres yang mencatat jumlah saman tertunggak tertinggi di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), dan Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715).
Sebanyak 11 syarikat kenderaan barangan memiliki lebih 1,000 saman, manakala 17 syarikat bas ekspres melebihi 200 saman.
Antara kesalahan utama termasuk: kenderaan diubah suai, tiada lesen memandu, memandu melebihi had laju dan tiada insurans sah. Kesemua syarikat terlibat diberi tempoh 14 hari untuk menjelaskan saman tertunggak, atau berdepan tindakan tegas termasuk penyenaraian hitam kenderaan secara serta-merta.















