Penipuan dalam talian menyebabkan ramai yang terpaksa menanggung kerugian. - Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Wang sebanyak RM240,600 milik seorang wanita lesap akibat diperdaya sindiket penipuan ‘love scam’ selepas berkenalan dengan bekas teman lelakinya.

Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim, mangsa tampil membuat aduan selepas menyedari ditipu pelaburan tidak wujud membabitkan perniagaan peralatan perkhemahan.

“Lelaki itu mendakwa ingin menjalankan satu untuk menyewa peralatan perkhemahan tetapi tidak cukup modal.

“Atas sifat percaya dan sayang, mangsa menyerahkan wang sebagai modal perniagaan atau pelaburan kepada teman lelakinya itu,” katanya.

Tambahnya, wanita tersebut mendakwa dijanjikan pulangan bulanan hasil penyewaan peralatan perkhemahan terbabit, namun tiada pembayaran atau bukti perniagaan dikemukakan sehingga kini.

“Selepas menyedari ditipu, mangsa bertanya kepada lelaki itu dan meminta semula wang modal pelaburan yang diberi. Tapi mangsa dimarahi dengan kata-kata kesat oleh lelaki berkenaan.

“Susulan itu, mangsa membuat laporan polis kerana berasa diperdaya oleh lelaki terbabit,” katanya.

Jelasnya, wanita berkenaan menyerahkan wang tersebut menerusi dalam talian dan fizikal secara berperingkat.

Sehubungan itu Hishamuddin berkata, mangsa berharap pihak berkuasa mengambil sewajarnya dan menjalankan siasatan susulan kejadian itu.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast