KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mempersoalkan mengapa projek DidikTV yang menelan belanja ratusan juta tidak pernah dibawa ke Parlimen.
Menurutnya, pihak pembangkang pastinya tidak kan membawa isu ini kerana ia akan melondehkan Menteri Perikatan Nasional (PN) yang memulakan DidikTV itu.
Malah, ahli-ahli Parlimen kerajaan sekarang pun tidak akan membawa isu ini kerana bimbang isu ini disalaherti menghentam menteri sekarang, walaupun DidikTV tidak melibatkan menteri dan kerajaan semasa.
“Mungkin kita perlukan pihak ketiga untuk bertanyakan kepada KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) mengenai status Didik TV, pencapaiannya, berapa bilangan yang menontonnya dalam sebulan, apakah impaknya kepada murid dan guru, dan segala persoalan yang diajukan oleh Dr OT.
“Ini penting kerana ia melibatkan wang rakyat. Harapan rakyat hanyalah kepada pihak media untuk membawakan isu ini agar KPM bersama memberikan pencerahan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Maszlee berkatam DidikTV dibuat semasa Kerajaan Perikatan Nasional di bawah Dr Radzi Jidin.
Dakwanya, DidikTV diwujudkan dalam keadaan tergesa-gesa semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) ekoran kegagalan KPM pada waktu itu menyediakan 800 kandungan melalui Syarikat Radius One .
Malangnya, Maszlee mendakwa pegawai KPM yang terlibat menyembunyikann DidikTV daripada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Sementara itu, menerusi komen, seorang individu Bernama Othman Talib mengulas mengapa DidikTV KPM ini membazir.
Dakwanya, KPM membayar RM60 hingga RM68 juta setahun bagi projek DidikTV.
“Tetapi adakah hak cipta skrip dan video jadi milik Media Prima bukan KPM?,” soalnya.
Dakwa beliau lagi, data tontonan DidikTV juga turun hingga sampai beberapa ratus penonton sehari, justeru adakah ia memenuhi objektif asal seperti yang disasarkan.
“Adakah DidikTV akan diteruskan jika ia membazir? Apakah kajian impak rasmi pernah dijalankan untuk menilai keberkesanan DidikTV terhadap pembelajaran murid sedangkan kos jutaan ringgit sudah dikeluarkan? Jika tidak kenapa? Adakah kajian impak tidak penting sedang belanja yag dikeluarkan melebihi RM60 juta?,” soalnya. – MalaysiaGazette















