KUALA LUMPUR – Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini telah bersetuju dengan ketetapan bahawa semua pelajar yang mendapat keputusan 10A dan ke atas dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 dan memohon untuk melanjutkan pengajian ke Program Matrikulasi akan mendapat tempat tanpa mengira kaum atau latar belakang.
Ia termasuk pelajar yang mendapat 10A dan terdapat keputusan mata pelajaran A-. Dasar ini sama seperti yang telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun lalu.
“Ketetapan ini dibuat bagi memastikan semua pelajar cemerlang 10A SPM 2024 mendapat peluang untuk melanjutkan pengajian.
“Pada masa yang sama sistem kuota bumiputera sedia ada bagi Program Matrikulasi kekal dan tidak terjejas,” katanya satu kenyataan Kementerian Pendidikan hari ini.
Menurutnya, Kerajaan MADANI akan terus memastikan akses pendidikan dapat dipertingkatkan demi manfaat semua pelajar yang merupakan aset masa hadapan negara. – MalaysiaGazette
















