Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. (GAMBAR FAIL)

KUALA LUMPUR – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) sebulat suara bersetuju menawarkan semula jawatan presiden parti itu kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Pemangku Presiden Amira Aisya Abdul Aziz berkata, persetujuan itu dicapai Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (JKEP) MUDA susulan keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Syed Saddiq daripada semua pertuduhan semalam.

Sebelum itu Syed Saddiq yan juga Ali Parlimen Muar telah mengosongkannya pada November lalu kes mahkamahnya.

“Tawaran ini dibuat atas dua prinsip iaitu, Syed Saddiq telah membersihkan nama dan integriti beliau melalui proses mahkamah yang telus dan adil,” kata Amira Aisya dalam kenyataan.

Timbalan Presiden MUDA, Amira Aisya Abd Aziz

Kedua, menurutnya, Syed Saddiq secara konsisten mempertahankan maruah dan nama baik MUDA sepanjang menjadi Ahli Parlimen.

Amira Aisya berkata, pengosongan jawatan presiden sebelum ini adalah langkah berani dan belum pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin politik yang sedang didakwa.

Ia memperlihatkan iltizam politik MUDA dalam menjunjung prinsip integriti.

Amira Aisya turut menegaskan, Syed Saddiq kekal aktif sebagai Ahli Parlimen Muar dan tidak pernah culas dalam politik khidmatnya.

Semalam Mahkamah Rayuan melepaskan dan membebaskan Syed Saddiq daripada sabitan dan hukuman atas empat pertuduhan berkaitan penyelewengan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) tujuh tahun lalu.

Ia membabitkan satu kes subahat pecah amanah melibatkan dana berjumlah RM1 juta, satu pertuduhan salah guna harta sebanyak RM120,000 serta dua pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA), masing-masing berjumlah RM50,000. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast