Panglima Angkatan Tentera, Haji Mohd Nizam Jaffar menyaksikan Panglima Tentera Udara ke 20, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan membuat penyerahan tugas kepada Panglima Tentera Udara yang baharu, Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris pada Istiadat Perbarisan Penghargaan Panglima Tentera Udara Ke-20, Upacara Kenaikan Pangkat Panglima Tentera Udara Ke-21 dan Upacara Serah Terima Tugas Panglima Tentera Udara di Pangkalan Udara Subang, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 26 JUN 2025.

SUBANG – Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris hari ini dilantik sebagai Panglima Tentera Udara (PTU) ke-21.

Pelantikan beliau adalah untuk menggantikan Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan yang menamatkan perkhidmatan selepas lebih empat dekad bersama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Pelantikan tersebut disempurnakan pada Upacara Serah Terima Tugas dan Tonggak Kuasa Panglima Tentera Udara yang berlangsung di Pangkalan Udara Subang.

Majlis turut menyaksikan Upacara Pemakaian Pangkat Jeneral kepada Muhamad Norazlan, disempurnakan oleh isterinya serta Mohd Asghar Khan, dan disaksikan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaafar.

Turut diadakan Istiadat Perbarisan Penghargaan Panglima Tentera Udara ke-20 sebagai penghormatan kepada Asghar Khan atas sumbangan dan khidmat bakti beliau.

Muhamad Norazlan, 58, berasal dari Kota Tinggi, Johor, memulakan latihan sebagai Pegawai Kadet di Maktab Tentera Diraja pada 1985 dan menyertai TUDM pada 1988.

Beliau berpengalaman menerbangkan pesawat pejuang seperti Aermacchi MB339A, A-4PTM Skyhawk, MiG-29N/UB dan Sukhoi Su-30MKM. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast