Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan Anugerah Tokoh Kebangsaan Ma’al Hijrah kepada Datuk Nooh Gadot sambil diperhatikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 2025/1447 ketika di Pusat Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 27 JUN 2025.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI), Datuk Dr Nooh Gadot diangkat sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1447H/2025M.

Pengumuman itu dibuat pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, hari ini.

Menteri Haji dan Umrah Kerajaan Arab Saudi, Dr Tawfig Fawzan Muhammed Al-Rabiah pula dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa.

Anugerah disampaikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Hadir sama pada majlis sambutan, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Terdahulu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysai (Jakim) dalam kenyataannya memaklumkan, kerajaan telah bersetuju memilih tema “Membangun Ummah Madani” pada sambutan yang diadakan tahun ini.

Mesej yang ingin disampaikan dalam sambutan kali ini adalah mengenai peri pentingnya setiap umat Islam mengambil ibrah hijrah dalam pembangunan ummah.

Pembangunan Ummah Madani menepati elemen keterangkuman dalam membina masyarakat bertamadun, bukan sahaja dari aspek fizikal, malah melahirkan modal insan yang cemerlang dari aspek spiritualnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast