Anggota bomba membawa wanita New Zealand yang cedera selepas seorang wanita New Zealand yang terjatuh dari kawasan air terjun di Kanching, Rawang.

KUALA LUMPUR – Seorang pelancong wanita warga New Zealand cedera selepas terjatuh dari ketinggian lebih enam meter di Air Terjun Rimba Kanching, Rawang, dekat sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 11.52 pagi.

Beliau berkata, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dikerahkan ke lokasi sejurus menerima maklumat.

“Sebaik tiba, pasukan mendapati seorang wanita warga New Zealand berusia 52 tahun telah terjatuh dari kawasan air terjun dengan ketinggian melebihi enam meter.

“Mangsa mengalami kecederaan pada kaki, tangan kiri dan bahagian tulang belakang, namun masih berada dalam keadaan sedar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa berjaya dibawa turun dari lokasi kejadian pada pukul 2.15 petang sebelum dihantar ke Hospital Selayang bagi mendapatkan rawatan lanjut. –  BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast