Pendaki Malaysia yang didakwa terjatuh ketika mendaki Gunung Rinjani, Lombok, Indonesia, kelmarin. - Foto: Portal LombokPost

LOMBOK – Seorang pendaki Malaysia, Nazli Awang Mahat, 47, dilaporkan terjatuh ketika mendaki Gunung Rinjani di sini, Khamis lalu.

Memetik laporan portal berita Kompas.com, Nazri dilaporkan tergelincir sejauh 200 meter dari laluan pendakian Danau Segara Anak, iaitu tidak jauh dari lokasi kejadian seorang pendaki wanita Brazil yang terjatuh baru-baru ini.

Menurut laporan itu yang memetik Ketua Resort Taman Nasional Gunung Rinjani (TNGR), Taufikurrahman, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kaki.

Katanya, kejadian itu dilaporkan oleh malim gunung pendakian kira-kira pukul 3.20 petang waktu tempatan, semalam dan berlaku ketika mangsa sedang dalam perjalanan turun bersama rombongan pendaki lain.

Jelasnya, usaha menyelamat dilakukan pukul 11 malam tadi oleh beberapa pasukan termasuk TNGR; pasukan carilamat (SAR) Lombok; tentera dan polis serta pasukan sukarelawan.

Mangsa berjaya dibawa turun kira-kira pukul 6.30 pagi tadi dan dibawa ke pusat kesihatan masyarakat (Peskesmas) Sembalun untuk mendatkan rawatan lanjut.

Kejadian itu merupakan yang kedua dalam tempoh seminggu melibatkan pelancong yang terjatuh ketika mendaki Gunung Rinjani selepas pelancong wanita Brazil, Juliana Marins, 26, turut terjatuh pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun, Juliana disahkan maut selepas empat hari usaha SAR dijalankan berikutan cuaca buruk dan keadaan muka bumi yang sukar, meskipun pasukan penyelamat berjaya mengesan mayat mangsa melalui dron.

Pada awal Mei lalu juga, seorang pendaki dari Malaysia, Rennie Abdul Ghani, 57, turut maut ketika mendaki Gunung Rinjani selepas terjatuh ke dalam jurang sedalam kira-kira 80 meter. – MalaysiaGazette

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast