Lambang Polis Diraja Malaysia.

KUALA LUMPUR – Dua lelaki warga asing ditahan selepas terlibat dalam pergaduhan di Jalan Dinar Taman Subang Perdana, Kampung Baru Subang pada jam 1.15 tengah hari, semalam.

Semasa dalam proses tahanan, salah seorang daripada warga asing itu didapati dalam keadaan bergari dan berada di dalam kenderaan, kata Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Mohd Hafiz Muhammad Nor.

Kedua-dua warga asing masing-masing berusia 26 dan 32 tahun itu dibawa Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh untuk siasatan di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana melakukan gaduh-gempar yang membawa hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai enam bulan, atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya.

Selain itu siasatan turut dibuka di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam yang memperuntukan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya dan Seksyen 89 Akta Polis 1967 (memiliki peralatan polis tanpa kebenaran) yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM500 atau penjara.

Mereka berdua turut disiasat di bawah Seksyen 6 (1)(C) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki atau tinggal di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah yang memperuntukan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya dan sebatan tidak melebihi enam kali.

Mohd Hafiz berkata, polis turut merampas sepasang gari, sebuah kereta Myvi putih Bersama kunci.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu boleh menghubungi Hotline Balai Polis Kampung Baru Subang di talian 03-7846 2322 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Ekmal Hasif Mohd Noor 01135396787. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast