Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli.

KUALA LUMPUR – Berkuat kuasa Selasa ini, semua pemandu dan penumpang bas ekspres serta bas persiaran diwajibkan memakai tali pinggang keledar.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, penguatkuasaan itu terpakai bagi bas yang dibina selepas Januari 2020.

“Bas yang dibina sebelum tahun 2020 akan diberi tempoh tertentu untuk membuat pemasangan tali pinggang keledar,” ujar beliau pada sidang media selepas Perhimpunan Setia JPJ Malaysia, di Kota Bharu, Kelantan.

Memetik laporan BH Online, Aedy Fadly berkata, pemandu perlu memastikan kesemua penumpang memakai tali pinggang keledar sebelum bas bergerak dan mereka yang ingkar akan dikenakan saman RM300.

“Sebelum ini kita mengambil pendekatan advokasi, namun bermula 1 Julai ini kita akan melaksanakan secara tegas.

“Sekiranya pemandu gagal memberi peringatan kepada penumpang untuk memakai tali pinggang berkenaan, bukan hanya penumpang yang akan disaman sebalik pemandu dan syarikat pengendali bas turut dikenakan saman,” katanya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast