Imej Satelit Maxar Technologies mendedahkan kerosakan besar pada tapak nuklear Fordow Iran selepas serangan AS.

TEHRAN – Iran tidak lagi membenarkan Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Rafael Grossi memasuki kemudahan nuklearnya.

Naib Speaker Parlimen Iran, Hamid Reza Babaei turut mengumumkan pemasangan kamera pemantau turut tidak dibenarkan di kemudahan tersebut.

Beliau berkata keputusan itu diambil setelah mendapati rejim Israel mempunyai data sensitif kemudahan nuklear Iran.

Beliau berkata, perang selama 12 hari baru-baru ini adalah kesinambungan daripada permusuhan selama 47 tahun yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran.

Menurutnya, teras permusuhan ini bukan mengenai program peluru berpandu atau nuklear, ia mengenai penduduk Iran.

“AS takut 90 juta penduduk Iran yang gagagh dengan 7,000 tahun tamadun yang tidak akan membenarkan Amerika menguasai rantau ini,” katanya.

Tambah beliau, lebih tinggi ketegangan yang dicetuskan pihak musuh, lebih hebat tidak balas daripada penduduk Iran.

Merujuk kepada peperangan sebelum ini, Babaei berkata, pihak musuh cuba membunuh pemimpin Iran untuk mengkucar-kacirkan pengurusan seperti mana yang mereka lakukan pada 28 Jun 1981 dengan menghapuskan Ayatollah Beheshti, para pegawai kehakiman dan President Rajaei.

“Pihak musuh percaya Iran tidak boleh mentadbir dan perlu dipecah-belahkan. Mereka menyasar untuk meningkatkan ketegangan dan secara tidak tepat mengandaikan 70 peratus penduduk Iran akan memihak kepada mereka,” ujarnya.

Ketika rejim Zionis mula menceroboh Iran pada 13 Jun lalu dan menyerang kawasan tentera, nuklear dan kediaman selama 12 hari, AS turut campur tangan dengan melakukan serangan ketenteraan terhadap kemudahan nuklear di Natanz, Fordow dan Isfahan pada 22 Jun lalu.

Bagaimanapun, tentera Iran melakukan serangan balas selepas pencerobohan dilakukan dengan melaksanakan 22 gelombang serangan peluru berpandu menerusi Operation True Promise III yang menyebabkan kemusnahan teruk di Israel sebelum gencatan senjata dikuatkuasakan pada 24 Jun lalu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast