Bom jenis mortar ditemui ditemui di Kilometer 265 Lebuh Raya Utara -Selatan berhampiran Terowong Menora. Foto, ihsan pembaca.

IPOH – Sebutir bom lama jenis ‘mortar’ ditemui di Kilometer 265 Lebuh Raya Utara -Selatan berhampiran Terowong Menora di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, maklumat awal penemuan bom berkenaan diterima sekitar jam 9.30 pagi daripada seorang pekerja kontrak yang menjalankan kerja-kerja pembersihan.

Beliau berkata, pihak polis mengambil masa hampir sejam bagi memusnahkan bom lama jenis mortar berkenaan.

“”Pengadu yang berusia 51 tahun ketika itu sedang membersihkan pokok-pokok dan rumput di kawasan tersebut sebelum menjumpai sebutir bom.

“Sepasukan anggota polis termasuk dari Unit Pemusnah Bom (UPB) dikerahkan ke lokasi untuk membuat pemeriksaan.,” katanya ketika dihubungi.

Kerja-kerja memusnahkan bom berkenaan dilakukan oleh pihak berkuasa dengan radius letupan sejauh 200 meter.

Sementara itu, Plus Malaysia Berhad (PLUS) menerusi aplikasi X memaklumkan penutupan sementara laluan Kuala Kangsar – Ipoh di kedua-dua arah pada jam 3.02 petang

Bagaimanapun laluan ke arah utara dbuka pada jam 3.15 petang manakala bagi laluan arah selatan pula pengguna di minta keluar di Plaza Tol Kuala Kangsar.

“Trafik arah utara dilencongkan ke Plaza Tol Ipoh Selatan manakala trafik arah selatan dilencongkan ke Plaza Tol Kuala Kangsar atas faktor keselamatan.

“Trafik kemudiannya kembali pulih pada jam 3.44 petang selepas semua lorong menuju ke selatan telah dibuka sepenuhnya kepada pengguna lebuh raya,” katanya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast