SEPANG – Perdana Menteri berpuas hati dengan Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) yang memulakan operasinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Sebelum ini, MalaysiaGazette melaporkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, perkhidmatan Aerotrain KLIA mula beroperasi sepenuhnya bermula jam 10 pagi, 1 Julai 2025.
Mengikut rekod, Aerotrain KLIA dirancang sebagai projek tiga tahun yang bermula pada Mac 2022, namun mengalami kelewatan disebabkan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menaiktaraf fasiliti sedia ada termasuk laluan utama.
Sebelum ini, MAHB menandatangani Letter of Agreeméent (LOA) dengan ALSTOM Transport Systems (Malaysia) Sdn Bhd (Alstom) dan JV IJM Construction Sdn Bhd, Pestech Technology Sdn Bhd (IJMC-Pestech JV) pada 12 Januari 2024.
Berdasarkan analisis, pihak MAHB menjangkakan kos terkini mencecah RM456.1 juta.
Projek Aerotrain KLIA melibatkan pembelian sembilan gerabak dengan setiap satunya boleh menampung sehingga 90 penumpang dan 270 orang bagi setiap perjalanan. – MalaysiaGazette
















