Foto: Bomba

SEREMBAN – Kira-kira 30 unit kontena yang dijadikan asrama pekerja tapak pembinaan di Taman Forest Heights, di sini, musnah dalam kebakaran petang tadi.

Komander Operasi Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Nafi Wahid berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian pada 6.07 petang.

“Kontena yang keseluruhan berkeluasan 300×600 kaki persegi itu musnah kira-kira 80 peratus, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat, dan kawasan itu kosong ketika kejadian berikutan pekerja binaan belum pulang daripada bekerja.

“Berdasarkan maklumat daripada pemaju, asrama pembinaan itu menempatkan kira-kira 40 pekerja. Jumlah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya kepada Bernama di sini malam ini.

Beliau berkata, operasi pemadaman membabitkan 18 anggota itu tamat pada 9.16 malam. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast