Rakaman percakapan diadakan pada 28 Jun 2025 di Balai Polis Saujana Utama, Sungai Buloh.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memanggil seorang lelaki pada 28 Jun lalu untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes memuat naik kandungan jelik bersifat perkauman di platform media sosial miliknya.

Ia melibatkan kandungan yang menyentuh pelantikan Leftenan Jeneral Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu dengan naratif perkauman yang berpotensi mencetus provokasi serta menggugat perpaduan dan keharmonian negara.

MCMC turut menyita sebuah telefon bimbut dan sekeping kad SIM untuk melengkapkan siasatan.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua (2) tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

“MCMC ingin mengingatkan orang ramai agar tidak memuat naik, berkongsi atau menyebarkan sebarang kandungan yang menyentuh sensitiviti agama, kaum dan institusi diraja (3R), terutamanya yang boleh memecahbelahkan masyarakat serta menggugat keharmonian negara,

“MCMC kekal komited untuk memastikan ruang siber negara kekal selamat, sejahtera dan dihormati, selaras dengan usaha memperkukuh perpaduan nasional dan keharmonian antara rakyat pelbagai kaum di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast