Gas Malaysia Bhd

KUALA LUMPUR – Gas Malaysia Bhd menyambung semula operasi bekalan gas sepenuhnya berikutan penamatan sekatan susulan insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya.

Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, pihaknya menerima pengesahan rasmi daripada pembekal gasnya pada Selasa berhubung penamatan sekatan itu di stesen Batu Tiga City Gate dan Shah Alam.

Gas Malaysia berkata, operasi bekalan gas disambung semula mengikut kuantiti yang ditetapkan dalam perjanjian bekalan gas masing-masing dengan pelanggan.

Sebelum ini, kumpulan itu melaporkan berlaku gangguan dalam bekalan gas selepas insiden Putra Heights yang membawa kepada sekatan dan langkah berjaga-jaga di beberapa stesen bagi memastikan keselamatan serta integriti sistem.  BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast