KAJANG – Sebuah kilang kitar semula musnah 70 peratus dalam kebakaran yang berlaku di Jalan Bangi Batu 1 Semenyih Teknologi Park, di sini, pagi ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada pukul 6.33 pagi.
Menurut beliau, pihaknya mengambil masa 13 minit untuk tiba di lokasi kebakaran
“Seramai 37 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi, BBP Kajang, BBP Pandan Indah dan BBP Mantin dikejarkan ke lokasi.
“Sebaik tiba kebakaran membabitkan sebuah kilang kitar semula dan kerja-kerja pemadaman sedang dilakukan,” katanya dalam kenyataan. – MalaysiaGazette
















