Rakyat Palestin berkumpul untuk menerima hidangan panas di pusat pengedaran makanan di kem pelarian Nuseirat, tengah Semenanjung Gaza, Palestin. Foto AFP, 30 APRIL 2025.

GENEVA – Switzerland akan menutup Yayasan Kemanusiaan Gaza (Gaza Humanitarian Foundation – GHF) cawangan Geneva yang disokong Amerika Syarikat (AS) kerana ia tidak mempunyai alamat dan wakil di negara itu.

GHF memulakan operasinya pada 26 Mei lalu selepas Israel menghentikan bekalan ke Gaza lebih dua bulan, yang mana ia mencetuskan risiko kebuluran.

Operasi GHF dicemari dengan suasana kucar kacir dan hampir setiap hari terdapat laporan menyatakan tentera Israel melepaskan tembakan ke arah penduduk Gaza yang berbaris di wilayah Palestin untuk mengambil bantuan kemanusiaan.

GHF berpengkalan di Delaware, AS dengan anak syarikatnya didaftarkan di Geneva.

Semalam, Pihak Berkuasa Penyeliaan Persekutuan Swiss untuk Dasar (ESA) pemiutang melakukan sesuatu berikutan pembubaran GHF.

ESA boleh ‘mengarahkan pembubaran yayasan tersebut jika tiada pemiutang tampil dalam tempoh 30 hari’, kata seorang jurucakap Kementerian Dalam Negeri kepada AFP.

“GHF mengesahkan kepada ESA bahawa ia tidak pernah aktif di Switzerland dan ia berhasrat untuk membubarkan yayasan yang didaftar di Geneva,” tambah beeliau.

Anak syarikat di Geneva itu ‘telah gagal untuk mematuhi obligasi perundangan tertentu’, kata jurucakap tersebut.

Beliau menyenaraikan lima kekurangan: Yayasan tersebut tidak mempunyai ahli lembaga pengarah yang bermastautin di Switzerland yang  diberi kuasa untuk menandatangani dokumen, tidak mempunyai jumlah minimum tiga ahli lembaga pengarah, tidak mempunyai akaun di Switzerland, atau tidak mempunyai alamat yang sah atau tidak mempunyai badan audit.

Pada Mei lalu, badan bukan kerajaan (NGO) Trial International yang meminta pihak berkuasa Switzerland melakukan siasatan ke atas GHF menyatakan ia tidak terkejut dengan tindakan yang diambil negara tersebut.

“Keputusan ini  tidak dapat dielakkan memandangkan kegagalan yayasan itu untuk memenuhi obligasi undang-undang untuk yayasan yang didaftarkan di Switzerland,”.

GHF berkata, ia telah menghantar 985,000 kotak makanan sejak mula beroperasi.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan bantuan utama enggan bekerjasama dengan GHF berikutan kekhuatiran ia diwujudkan untuk memenuhi objektif tentera Israel.

Pada minggu lalu, pejabat hak asasi manusia PBB berkata, sejak GHF memulakan operasi, tentera Israel telah mengebom dan menembak penduduk Palestin yang cuba menuju ke lokasi pengedaran bantuan menyababkan banyak kematian.

Pada Jumaat lalu, Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkata, seramai 500 orang terbunuh di tapak pengedaran makanan bukan milik PBB sejak dua minggu lalu. – AFP

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast