Anggota Polis mengiringi seorang ibu dan teman lelaki yang dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun, di Mahkamah Sesyen Ampang. Foto SADIQ SANI, 04 JULAI 2025

KUALA LUMPUR –  Seorang peniaga nasi lemak didakwa di Mahkamah Sesysen Ampang, di sini, atas pertuduhan merogol anak teman wanitanya yang berusia 12 tahun pada pertengahan tahun lalu.

Wanita itu yang merupakan ibu kandung mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan didakwa atas pertuduhan bersubahat dengan lelaki warga emas itu terhadap kesalahan yang sama.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh, Azman Hasim, 61 dan teman wanitanya, 37, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Norshila Kamarudin.

Mengikut kertas pertuduhan, Azman didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan yang ketika itu berusia 12 tahun empat bulan di sebuah kediaman Taman Seraya, dalam daerah Hulu Langat kira-kira jam 4 petang pada pertengahan 2024.

Pendakwaan dikemukakan di bawah Seksyen 375(g) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376(1) kanun yang sama.

Anggota Polis mengiringi seorang ibu dan teman lelaki yang dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun, di Mahkamah Sesyen Ampang. Foto SADIQ SANI, 04 JULAI 2025

Sementara itu, ibu kandung mangsa didakwa bersubahat dengan Azman merogol anak kandungnya pada hari dan tempat sama, yang mana kesalahan berkenaan dilakukan hasil persubahatannya.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 375(g) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 376(1) Kanun yang serupa.

Kedua-dua tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dihukum dengan sebatan, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Hairuliqram Hairuddin tidak menawarkan sebarang jaminan ke atas kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam.

“Kita khuatiri akan berlaku gangguan ke atas mangsa yang tinggal sebumbung bersama ibu kandungnya, selain Azman mempunyai hubungan dengan wanita terbabit.

“Bagaimanapun, pihak pendakwaan difahamkan kanak-kanak itu kini menetap dengan ibu saudaranya,” jelasnya.

Hakim Norshila kemudian tidak memberikan sebarang jaminan ke atas kedua-dua tertuduh dan menetapkan 7 Ogos depan sebagai sebutan kes bagi serahan dokumen serta lantikan peguam.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki bersama teman wanitanya ditahan disyaki terlibat kes merogol seorang remaja perempuan merupakan anak wanita itu di sebuah rumah di Pandan Indah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, mahu memenuhi keinginan teman lelaki dipercayai menjadi punca wanita terbabit tergamak membiarkan anaknya dirogol.

Katanya, siasatan mendapati mangsa ketakutan sebelum bertindak keluar rumah setelah mendapati satu perbualan antara ibu dan teman lelaki ibunya untuk berjumpa di sebuah hotel di ibu negara.

Tambah beliau, mangsa juga pernah dirogol oleh teman lelaki ibunya pada tahun 2024, dan kejadian itu turut disaksikan ibunya sendiri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast