JKM Kulai sedang ibu kandung kepada seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di Kampung Baru Saking, Senai, Kulai Mac lalu.

KULAI – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengesan ibu kandung kepada seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di Kampung Baru Saking, Senai di sini baru-baru ini.

Pegawai JKM Kulai, Norziah Aman berkata, bayi tersebut ditinggalkan ibu kandungnya kepada seorang wanita dikenali sebagai Norlida di alamat No 16 Jalan Saleng, Kampung Baru Saking, Senai, Kulai pada 16 Mac lalu.

“Selepas itu ibu kandung bayi ini tidak datang kembali untuk mengambil anaknya dan gagal dihubungi sebelum pihak JKM dapat kebenaran mahkamah untuk hebahan.

“Menurut surat daripada Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru selepas menjalankan pemeriksaan, bayi berkenaan dianggarkan lahir pada 10 Mac 2025.

“Bayi itu dinamakan sebagai Nur Alisha Humaira telah dilahirkan secara pramatang anggaran dalam 34 minggu dan kini berusia tiga bulan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, JKM Kulai mengesan waris bayi tersebut bagi tujuan siasatan pihaknya untuk penyediaan laporan sebagai pelindung Nur Alisha.

Tambahnya, orang awam atau waris yang mengenali bayi itu boleh menghubungi Pelindung Kanak-Kanak Daerah Kulai, Nadia Karimah Mohd Nati 07-6622990. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast