Mohd Yusri Hassan Basri

KUALA LUMPUR –  Kenderaan berat dan perdagangan disarankan tidak memasuki pusat bandar sepanjang tempoh lencongan jalan sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN ke-58 (AMMM ke-58) bermula 8 hingga 11 Julai ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, ia bagi mengelak kesesakkan lalu lintas serta mengurangkan risiko kemalangan dan kerosakkan kenderaan terutama ketika waktu puncak.

“Lencongan jalan ini akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan tiga lebuh raya dan 15 laluan utama di sekitar Lembah Klang sepanjang tempoh itu.

“Aktiviti raptai pergerakan motoked melibatkan laluan dari lapangan terbang hingga ke hotel penginapan di sekitar Kuala Lumpur dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) akan dijalankan pada 4 hingga 6 Julai ini.

“Ia turut melibatkan seramai 391 petugas trafik terdiri daripada pegawai kanan polis dan pegawai rendah polis bagi memastikan kelancaran raptai serta pengurusan penuh lalu lintas sepanjang 8 hingga 12 Julai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Yusri juga menasihati pengguna jalan raya supaya merancang perjalanan lebih awal dan mengutamakan penggunakan pengangkutan awam bagi kelancaran acara bertaraf antarabangsa itu.

Kerjasama semua pihak mematuhi arahan petugas di lapangan amat dihargai dan dapat membantu mewujudkan persekitaran jalan raya yang lebih berhemah serta meningkatkan imej negara di mata dunia,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast