Kenderaan mangsa yang remuk dipercayai hilang kawalan sebelum rempuh tiang elektrik

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar tiang elektrik di Jalan Cherang Ruku – Telaga Papan, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan. 

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata, dalam nahas kira-kira jam 7 pagi semalam,  mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah yang dialami.

Siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 25 tahun sedang memandu dari arah Telaga Papan menuju ke Cherang Ruku.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, pemandu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke bahu kiri jalan sebelum merempuh sebatang tiang elektrik,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi talian 016-5072413.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast