KUALA UMPUR – Seorang penumpang telah menceroboh masuk ke kawasan landasan transit aliran ringan (lrt) laluan Kelana Jaya di Stesen Subang Alam pada pagi.
Menurut Rapid Rail Sdn. Bhd. (Rapid Rail), pasukan penyelamat telah digerakkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menyelamat.
Berikutan insiden tersebut, pihak operasi telah mengaktifkan perkhidmatan alternatif membabitkan tren dari Stesen Putra Heights akan berhenti di Stesen Alam Megah dan berpatah balik ke Putra Heights.
Selain itu, tren dari Stesen Gombak akan berakhir di Stesen Alam Megah dan berpatah balik ke Gombak.
Katanya, perkembangan terkini berkenaan operasi akan dikemaskini menerusi laman media sosial Rapid KL dan pengumuman di stesen. – MalaysiaGazette
















