KUALA LUMPUR – Pelakon Datin Seri Umie Aida mengakui cuai hingga mengakibatkannya berdepan denda Bahagian Biosekuriti New Zealand ketika tiba di Lapangan Terbang Auckland, baru-baru ini gara-gara sebiji epal.
Umie atau nama lengkapnya Umi Khalsum Rahmad Ali, 51, berkata, dia menganggap pengalaman dilalui sebagai takdir walaupun didenda sebanyak RM1,000 di atas kesilpannya itu.
Ini namanya takdir. Saya memang tak bawa apa-apa makanan ke New Zealand kerana mahu memudahkan diri ketika berada di kaunter imigresen.
“Dijadikan cerita masa di lounge MAS Airline, saya ambik sebiji epal untuk makan dalam penerbangan sebelum tidur tetapi (disebabkan) terlalu keletihan, saya terus tidur dan lupa bab epal.
“Apabila sampai New Zealand, mereka (petugas) imbas beg. Ada epal jadi kita kena denda bayar NZD400 (RM1,024),” katanya dalam perkongsian video di Instagram di sini.
Pada 1 Julai, Umie difahamkan ke negara itu bagi menjalani penggambaran drama bersiri yang turut disertai ramai pelakon termasuk Nora Danish, Datuk Remy Ishak dan Fattah Amin. – MalaysiaGazette















