Ayob Abd Majid.

KUALA LUMPUR – Anjur Kempen Anti Pil Kuda seluruh Negeri Kelantan sebagai langkah menyelamatkan generasi muda terjebak dalam penagihan dadah.

Naib Presiden Music Malaysia, Ayob Abd Majid berkata, pihaknya terpanggil memberi cadangan itu memandangkan penularan pil kuda semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

“Sebagai individu yang pernah menetap di kawasan sempadan dua negara, Rantau Panjang dan Thailand, saya menyaksikan sendiri betapa mudahnya akses terhadap pil kuda serta bagaimana ia menghancurkan bakat, masa depan dan masyarakat,” katanya dalam kenyataan.

Justeru Ayob menyeru supaya kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan melalui Agensi Anti Dadah Kebangsaan berganding bahu melancarkan kempen apuskan pil kuda untuk menyelamatkan masyarakat.

“Buat jelajah ke seluruh negeri Kelantan dengan melibatkan penyertaan penggiat seni khususnya artis-artis dari Kuala Lumpur dan negeri sendiri.

“Penggunaan seni sebagai medium kesedaran majlis pelancaran peringkat nasional dicadangkan di Kuala Lumpur sebagai simbolik komitmen Bersama,” ujarnya.

Menurut Ayob, para penggiat seni dari pelbagai latar belakang termasuk artis dikir Kelantan dan artis arus perdana dari Lembah Klang teah menyatakan kesediaan untuk turun padang, berkempen, berdakwah dan berkarya demi menyedarkan masyarakat terhadap bahaya pil kuda dan najis dadah.

“Ini bukan isu politik. Ini isu masa depan negeri dan negara. Kita tidak boleh berdiam diri lagi. Jika kita tidak lawan hari ini, generasi kita akan hilang esok,” tegasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast