KUALA PILAH – Seorang pelajar universiti di Kuala Pilah patah tulang pinggul selepas dipercayai jatuh dari tingkat empat bangunan asrama universiti berkenaan, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, mangsa yang merupakan pelajar semester satu tidak mengalami kecederaan serius yang lain.
Siasatan awal polis mendapati mangsa adalah pemegang kad orang kurang upaya (OKU) selain pernah menerima rawatan psikiatri di hospital di Seremban.
Menurut beliau, pihaknya menerima laporan daripada Jabatan Kecemasan Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) berhubung kejadian itu, jam 1.40 pagi tadi.
Tambahnya, mangsa berada dalam keadaan stabil namun masih menerima rawatan lanjut di HTAN. -MalaysiaGazette
















