Tai Zee How

KUALA LUMPUR – Seorang peguam, Tai Zee How, atau lebih dikenali sebagai Apek Cina membandingkan pendekatan berbeza antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP susulan keputusan pemilihan parti masing-masing.

Menerusi catatannya di media sosial, beliau menarik perhatian kepada tindakan dua pemimpin kanan PKR yang meletak jawatan selepas tewas dalam pemilihan parti.

“Apa perbezaan ketara antara PKR dan DAP?

“YB Rafizi & YB Nik Nazmi kalah pilihan parti, diaorang letak jawatan menteri dan join YB Wee Ka Siong untuk memantau kerajaan,” tulis beliau sebentar tadi.

Sebaliknya, beliau memetik contoh dalam DAP, yang mana walaupun kalah dalam pemilihan parti, Lim Hui Ying iaitu adik kepada YB Lim Guan Eng tetap dilantik semula ke dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dan terus kekal sebagai timbalan menteri.

“Adik YB Lim Guan Eng, kalah pilihan parti, terus dilantik CEC dan diteruskan jawatan sebagai timbalan menteri,” katanya lagi.

Menurut beliau, tindakan seperti ini menimbulkan persoalan dalam kalangan rakyat mengenai ketelusan prinsip yang dilaungkan oleh parti-parti pemerintah.

“Apa-apa pun, saya berasa rakyat dah tak percaya kat formula diaorang,” ujarnya.

Apek Cina turut menyentuh persepsi rakyat terhadap dasar-dasar era pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang pernah dikritik hebat, namun kini menurutnya, sebahagian besar telah diangkat semula oleh musuh politik beliau.

“Saya juga berasa, walaupun masih ada orang yang benci Najib, tapi setuju hampir 90 peratus dasar-dasarnya yang dulu seketika dikutuk kao kao, kini diambil kredit oleh musuh politiknya,” tegasnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast