Menara Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) di Jalan Duta. Foto AIZAT ZAINAL, 25 APRIL 2025.

KUALA LUMPUR –  Penglibatan Malaysia dengan mana-mana platform multilateral tertumpu kepada pemudahan perdagangan dan pembangunan mampan, berlandaskan kepentingan negara dan bukannya penjajaran ideologi, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Kementerian itu menegaskan Malaysia akan mengekalkan dasar luar dan dasar ekonomi yang bebas.

“Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai antara rakan ekonomi utama Malaysia, bukan sahaja melalui perdagangan malah juga menerusi pelaburan Amerika yang bernilai berbilion dolar yang telah bertapak di Malaysia selama lebih 50 tahun,” tambah MITI.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/07/07/negara-sokong-dasar-anti-amerika-brics-dikenakan-tarif-tambahan-10/

Kenyataan MITI itu sebagai mengulas laporan mengenai amaran Presiden AS Donald Trump bahawa negara yang bersekutu dengan dasar “Anti-Amerika” BRICS akan dikenakan tarif tambahan sebanyak 10 peratus.

Pemimpin negara-negara kumpulan BRICS kini berhimpun di Brazil untuk sidang kemuncak.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Brazil pada Sabtu untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-17 atas jemputan Presiden Brazil Luiz Inácio Lula da Silva.

Brazil ialah destinasi terakhir beliau dalam siri lawatan kerja ke tiga negara — Itali, Perancis dan Brazil — dari 1 hingga 7 Julai.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast