Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang kemalangandi Kilometer 46 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, Kota Tinggi, hari ini.

KOTA TINGGI – Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan sebelum terbakar di Kilometer 46 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi dekat sini hari ini.

Kemalangan tersebut mengorbankan penunggang motosikal, Hafuzul Fiqrie Mohd Shaifulsham yang berusia 23 tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu pukul 5.15 pagi melibatkan motosikal jenis Yamaha NVX ditunggang mangsa dan kereta Honda Jazz.

“Kemalangan berlaku apabila motosikal tersebut masuk laluan bertentangan dan berlanggar dengan kereta tersebut. Motosikal tersebut kemudian terbakar.

“Akibat kemalangan itu penunggang terbabit mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, mayat dirujuk ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.

Pemandu kereta tersebut pula ujarnya, juga berusia 23 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan ditahan untuk membantu siasatan.

Menurut beliau, kes masih dalam siasatan bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika sabit kesalahan boleh dipenjara lima hingga 10 tahun.

Jelasnya, pesalah terbabit juga boleh didenda antara RM20,000 hingga RM50,000 dan hilang kelayakan memegang lesen memandu selama lima tahun.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast