KUALA LUMPUR – Suspek utama kes pembunuhan seorang pelajar universiti di Cyberjaya, baru-baru ini akan dihadapkan ke Mahkamah Sepang, pagi esok.
Perkara tersebut disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang mengatakan, suspek lelaki akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
ARTIKEL BERKAITAN
Suspek merupakan salah seorang daripada empat individu yang ditahan dalam tempoh 48 jam selepas mayat seorang pelajar wanita berusia 20 tahun ditemui maut di sebuah unit kondominium di Cyberjaya oleh rakannya kira-kira 10 pagi, 26 Jun lalu.
Mangsa yang juga pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi dilaporkan tinggal seorang diri selepas lima rakan serumahnya pulang bercuti sejak 21 Jun lalu. -MalaysiaGazette















