Gambar hiasan

 

PHNOM PENH – Seramai 31 orang terbunuh di Kemboja pada separuh pertama tahun ini akibat dipanah petir.

Jumlah itu bagaimanapun turun 31 peratus daripada 45 kematian dalam tempoh yang sama tahun lepas.

“Antara yang maut setakat tahun ini ialah 11 wanita dan tiga kanak-kanak,” kata Soth Kim Kolmony, jurucakap Jawatankuasa Kebangsaan Pengurusan Bencana (NCDM).

Selain kematian, petir mencederakan 53 orang lain dan membunuh 71 ekor lembu dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

Wilayah-wilayah yang mempunyai jumlah petir tertinggi ialah Siem Reap, Battambang, Banteay Meanchey, dan Preah Sihanouk.

Untuk mengelakkan bahaya petir orang ramai, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar, harus tinggal di rumah atau tempat perlindungan apabila berlaku ribut atau hujan, kata Kolmony. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast