Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang bapa dan anak lelakinya ditahan disyaki terlibat dalam kes bunuh lelaki akibat hutang di Taman Pandan Perdana, Ampang, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, dua beranak yang masing-masing berusia 73 dan 36 tahun. 

Katanya, tangkapan kedua-dua suspek dilakukan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dalam siri serbuan antara 26 Jun dan 28 Jun lalu.

“Kejadian terbongkar selepas pihaknya menerima panggilan dari Penolong Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) berhubung kematian mangsa di lokasi kejadian pada 22 Jun sekitar jam 7.16 malam.

“Siasatan awal dijalankan di lokasi kejadian dan peringkat awal kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) namun hasil bedah siasat di Unit Forensik, Hospital Ampang pada keesokkan hari mendapati terdapat unsur jenayah.

“Bedah siasat yang dijalankan pada 23 Jun sekitar jam 3 petang mendapati punca kematian melibatkan unsur jenayah dan ks diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, polis turut merampas sebatang rotan buluh dan satu playar boleh laras dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Mohd Azam berkata, saringan air kencing ke atas kedua-dua suspek didaapati negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Siasatan awal mendapati, motif kejadian dipercayai berpunca daripada isu berkait hutang dan mangsa yang bekerja sebagai pemandu e-hailing merupakan rakan karib pada suspek warga emas.

“Permohonan reman terhadap suspek pertama dibenarkan selama 14 hari dari 27 Jun hingga 10 Julai manakala suspek kedua pula selama 13 hari (29 Jun hingga 11 Julai),” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast