Suspek dipercayai telah memasuki rumah pengadu melalui tingkap tandas rumah mangsa Prima Gading di Muadzam Shah sebelum menyamun kereta, barang kemas dan bega tangan mangsa.

KUANTAN – Seorang guru sekolah agama swasta berputih mata selepas menyedari kenderaan Myvi dilarikan apabila bangun tidur di kediamannya di di Prima Gadak, dekat Muadzam Shah, hari ini.

Ketua Polis Rompin, Superintendan Syarif Shai Sharif Mondoi berkata, mangsa berusia 33 tahun itu tinggal bersama dua orang anak kecil di rumahnya kerana suami beliau bertugas syif malam di sebuah kilang susu berhampiran.

Menurutnya, mangsa mula menyedari telefon bimbitnya di bilik tidurnya hilang kira-kira jam 7 pagi tadi.

“Kemudian pengadu buat pemeriksaan dan dapati beg tangan miliknya tiada, manakala almari baju terbuka dan diselongkar. Mangsa juga telah mendapati kenderaan milik pengadu yang di letakkan di hadapan rumah juga tiada.

“Hasil pemeriksaan dapati tingkap bilik belakang telah terbuka serta tingkap tandas belakang juga terbuka dengan luas, menurut pengadu tingkap tandas tersebut memang tidak di kunci dan dibuka sedikit bagi aliran udara,” katanya menerusi kenyataan.

Hasil siasatan di tempat kejadian dapati tiada kesan umpilan di tingkap bilik serta tingkap tandas. Tiada cctv yang dipasang di dalam atau dan di luar rumah pengadu, ujarnya.

Hasil siasatan di lokasi kejadian turut menjumpai semula, dokumen-dokumen penting serta beg tangan milik pengadu seperti yang dilaporkan hilang berada di belakang rumah dipercayai ditinggalkan suspek.

Suspek dipercayai telah memasuki rumah pengadu melalui tingkap tandas dan mengambil kunci kereta milik pengadu yang disangkut di dinding dihadapan pintu bilik dan keluar melalui tingkap yang sama dan melarikan Myvi milik pengadu.

Sususlan itu katanya mangsa mengalami kerugian sebanyak RM33,450 dan kes masih dalam siasatan lanjut di bawah 457/379A Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast