Barangan milik mangsa yang ditemui di lokasi kejadian - Foto tular

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dikhuatiri disambar buaya ketika sedang memancing di tebing sungai Kampung Pandam, di Kuching, Sarawak. 

Mangsa, Karim Osman, 58, dilaporkan hilang selepas rakannya hanya menemui peralatan memancing milik lelaki itu di lokasi kejadian sebelum segera membuat laporan polis.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang pada jam 3.13 petang tadi memaklumkan kejadian itu berlaku kira-kira 63 kilometer dari balai.

“Sebaik tiba di lokasi, rakan mangsa hanya menjumpai barang milik Karim, namun kelibatnya langsung tidak kelihatan.

“Selepas gagal mengesan mangsa, rakannya segera membuat laporan polis,” katanya.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera digerakkan melibatkan tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang bersama sebuah bot. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast