Lelaki warga Singapura yang dikatakan hilang di Sungai Long, Kajang ditemui selamat.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Singapura yang tular selepas dikatakan hilang di Sungai Long dekat Kajang semalam telah ditemui.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, lelaki itu sebenarnya hanya keluar dari rumah kerana menghadapi masalah peribadi.

“Dia keluar rumah menaiki Grab ke Kuala Lumpur. Lelaki itu telahpun dijumpai dan tiada elemen jenayah dalam hal ini,” katanya menerusi kenyataan ringkas kepada media.

Seorang pengguna Facebook Karen Chui memuat naik gambar seorang lelaki berbangsa Cina berasal dari Singapura dengan meletakkan kapsyen ringkas menyatakan individu itu hilang di Sungai Long.

Bagaimanapun, selang beberapa jam selepas itu Chui memuat naik semula hantaran di laman sosial berkenaan dengan mengatakan individu berkenaan telahpun ditemui.

“Orang hilang telah ditemui selamat dan sihat…terima kasih kepada semua yang telah berkongsi, membantu dan terus mengambil berat. Kebaikan anda telah membawa perubahan,” katanya. – MalaysaiGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast