MOSCOW – Bekas Menteri Pengangkutan Rusia, Roman Starovoit ditemui mati, dengan kesan luka tembakan.
Beliau telah dipecat oleh Presiden Vladimir Putin pada hari Isnin.
Tiada alasan pemecatan Starovoit yang dilantik pada Mei 2024.
Sebelum itu, Starvoit berkhidmat sebagai Gabenor Wilayah Kursk selama enam tahun sehingga Mei 2024.
Tempat beliau digantikan oleh timbalannya, Andrei Nikitin.
Jawatankuasa Penyiasatan Rusia sedang melakukan siasatan berhubung kematian Starovoit.
Wilayah Kursk sebahagiannya telah dirampas oleh tentera Ukraine pada Ogos 2024 dalam serangan mengejut.
Bagaimanapun, Moscow baru-baru ini berjaya mengusir tentera Ukraine, walaupun pada akhir Jun Kyiv masih memegang kawasan kecil wilayah di dalam Rusia.
Pengganti Starovoit, Aleksey Smirnov, hanya memegang jawatan untuk seketika selepas ditangkap pada April dan kemudiannya dituduh menggelapkan dana yang telah diperuntukkan untuk membina kubu pertahanan di sempadan dengan Ukraine.
Starovoit dilaporkan akan dibawa masuk sebagai defendan dalam kes yang sama.
Setakat ini punca kematian Starovoit belum dipastikan
Terdahulu pada hari Isnin, sebelum kematian Starovoit diumumkan, jurucakap Kremlin Dmitry Peskov disoal oleh wartawan sama ada pemecatan itu bermakna Putin telah kehilangan kepercayaan terhadap Starovoit berhubung peristiwa di Kursk.
“Kehilangan kepercayaan disebut jika terdapat kehilangan kepercayaan. Perkataan sedemikian tidak digunakan [dalam dekri Kremlin],” jawab Peskov. – Agensi
















